Search
  • Vincent Tai

Jom jadi ejen hartanah di IQI Global – Part 1


Sebagai ejen hartanah, lumayan pendapatannya.

Bayangkan sekali jual rumah, berapa ribu boleh dapat. Jualan satu rumah sudah cukup untuk menikmati hasilnya selama 3 bulan. Tak semestinya sudah berumur, muda pun boleh jadi ejen hartanah.

Jika anda ingin ceburi kerjaya ejen hartanah, eloklah baca artikel ini sebagai panduan tentang skop kerja dan kebaikan menjadi ejen hartanah.

Skop kerja ejen ketika berurusan dengan pemilik hartanah:

  • Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.

  • Membuat pemeriksaan hartanah.

  • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.

  • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.

  • Memastikan hak pemilik hartanah terjaga.

Skop kerja ejen ketika berurusan dengan pembeli hartanah?

  • Membina hubungan baik dengan bakal pembeli.

  • Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.

  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.

  • Menjalankan rundingan.

  • Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.

  • Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.

Klik sini dan mulakan kerjaya ejen hartanah anda dengan IQI dan nikmati latihan pada setiap minggu secara PERCUMA!


Apakah kebaikan menjadi ejen hartanah?

Masa Depan Yang Terkawal

Dengan menjadi seorang ejen hartanah, masa depan anda terletak di tangan anda sendiri. Bukan lagi majikan, anda bertanggung jawab untuk menentukan hala tuju anda.

Kalau anda berusaha sebanyak 100%, anda berjaya. Jika anda tidak berusaha langsung, anda akan gagal.


Pendapatan Yang Lumayan

Sebagai ejen hartanah, lumayan pendapatannya dan tiada batasan. Apabila anda fokus pada perjalanan menuju kejayaan, maka lebih banyak peluang yang anda temui.


Pengurusan Masa Yang Fleksibel

Masa anda lebih fleksibel apabila menceburi kerjaya ejen hartanah. Dengan tidak terikat dengan waktu berkerja dari 9 pagi hingga 5 petang, anda dapat meluangkan masa lebihan dengan yang tersayang.

Tapi walaupun fleksibel, masa anda kena diurus dengan baik supaya masa tidak terjejas.


Masa Depan Cerah

Di Malaysia, hartanah sentiasa ada permintaan, maka lebih senang hartanah anda akan terjual. Malah, dengan harga yang semakin meningkat bermaksud jumlah komisen juga akan meningkat!

Silap-silap jual sebuah rumah pun dah cukup makan sebulan.

Kerjaya ejen hartanah akan berkembang dengan sendiri, melalui langkah masing-masing. Haluan ini tiada paksaan. Anda boleh tambah pendapatan secara separuh masa atau penuh masa sebagai ejen hartanah di Malaysia.


Jangan risau, kami telah sertakan semua maklumat penting yang perlu anda ketahui untuk menjadi ejen hartanah (REN) di Malaysia. Klik disini untuk PART 2!

40 views0 comments

Contact

013 245 0033

Follow

©2020 by IQI United DTG - VIN Team, Your Real Estate Partner. VINProp Sdn Bhd Copyright.